CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2 : Ulasan Jurnal


TAJUK JURNAL 1


Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study

By: Johannes C. Cronje

Source = HW:Wilson

TAJUK JURNAL 2


An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom

By: Courtney Kosky

Source = Science Direct

TAJUK JURNAL 3


The Effects of Pictures and Prompts on

the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge

By: Marilyn Joshua

Source = HW: Wilson

1.        Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

  • Bagaimana kita mahu menilai dengan seadilnya terhadap sekumpulan pelajar di mana bahasa ibunda mereka dan budaya adalah berbeza dengan kita sebagai pengkaji
  • Bagaimana pengkaji dan pelajar (responden) mewujudkan satu fahaman yang sama berlandaskan masalah komunikasi dan budaya yang berbeza


  • Bagaimanakah untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi serta sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar melalui mengunakan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dikalangan pelajar gred 6.

  • Adakah dengan meningkat penglibatan dan motivasi akan membawa kepada pencapaian akademik yang tinggi

     
  • Kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji (9 orang guru dengan pengalaman purata mengajar ialah selama 6 tahun (1-15 tahun) terhadap seramai 195 orang pelajar daripada tadika sehingga Gred 2 mengenai pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P terhadap kemahiran penulisan pelajar.

2.        Apakah Masalah yang dijadikan kajian

  • Masalah perbezaan komunikasi dan budaya antara pengkaji dan pelajar (responden) dalam pengkaji melakukan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dikalangan pelajar berkenaan (responden)

  • Pelajar seringkali difokuskan kepada matapelajaran yang teras seperti matematik, pendidikan social seperti  berkomunikasi, bergaul seringkali diabaikan oleh guru kerana ingin berusaha untuk mencapai sasaran pencapaian pelajar yang baik terhadap matapelajaran teras berbanding matapelajaran yang memberikan penekanan terhadap sosial seperti pendidikan moral dan pendidikan sivik di Malaysia.

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran seperti tingkahlaku pelajar terhadap penulisan, kebolehan mereka dalam menulis, minat terhadap sesuatu topik, latarbelakang mereka terhadap pengetahuan dan juga pengalaman.

  • Terdapat cabaran bagi guru dalam memupuk minat pelajar dalam menulis.

  • Kajian tindakan ini dilakukan dalam mengkaji penggunaan gambar bersama "prompt" dan menulis menggunakan "prompt" sahaja

3.        Sample dan Setting Kajian

  • Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 12 orang pelajar Sarjana Program Pendidikan ICT
    di Universiti Sains dan Teknologi di Sudan. Kajian ini dilakukan selama 2 tahun.

  • Pelajar  gred 6 seramai 650 orang di Sekolah Perkembangan Professional dengan kerjasama Program Pendidikan Guru Tahun Kelima Bebedum.
  • Terdapat 7 orang pelajar berkeperluan khas dalam kajian tindakan ini.




  • Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 165 orang pelajar sekolah rendah yang terlibat di dalam 2 fasa kajian tindakan ini.
  • 83 pelajar lelaki dan 82pelajar perempuan (merangkumi dari tadika sehinggalah ke Gred 2)


4.        Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)

  • Pengkaji telah melakukan kajian perpustakaan mengenai kajian ini terlebih dahulu dalam merangka kaedah yang bersesuaian sebelum kajian ini dilakukan.

     
  • Kajian ini adalah ianya merangkumi tiga babak/fokus iaitu:

1)Perincian dan sedalam mana kriteria yang perlu

Dalam menilai portfolio pelajar

2) Apakah nilai dalam portfolio yang dihasilkan oleh pelajar

3)Bagaimana penilai dapat menyelamai proses-proses yang terlibat dalam penghasilan portfolio pelajar.

  • Pengkaji merupakan guru yang sedang melakukan praktikal pengajaran di sekolah dan masih dibawah pemerhatian mentornya iaitu pensayarah beliau.

  • Pengkaji mendapatkan tahap penilaian kecerdasan pelbagai pelajar dan kelebihan pelajar melalui bentuk online pada awal pengajaran dilakukan.

  • Guru menggunakan rakaman perbulan pelajar ketika mereka melakukan refleksi selepas P&P, dan pengakaji merekodkan refleksi P&P di dalam jurnal pengajarannya bagi membantu pengkaji memperbaiki aktiviti kesenian dan kreativiti untuk P&P akan datang.




  • Pengkaji-pengkaji telah menetapkan jenis-jenis gambar prompt yang ingin digunakan terlebih dahulu

    .
  •  Pengkaji-pengkaji menetapkan bagaimana cara gambar prompt dipersembahkan, jenis-jenis ujian yang diberikan mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar serta perancangan penggunaan bahan-bahan tersebut dalam P&P

     
  • Pengkaji-pengkaji mencapai persetuan terlebih dahulu melalui perbincangan dan undian mengenai alternatif-alternatif pembolehubah yang ada



5.        Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data

  • Pengkaji menggunakan kaedah “Penilaian Positif” dengan menggunakan oring rubrik yang mengandungi 54 soalan penilaian dengan skala dari 0 hingga 1 dan daripada 0 hingga 5.

  • Borang rubrik diedarkan kepada pelajar sebelum P&P dijalankan.Kriteria mengenai perkara-perkara yang hendak dinilai dinyatakan oleh pengkaji.

  • Kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”

     
  • Kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian secara holistik dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan’.

     
  • Dapatan kajian adalah hasil  gabungan antara tiga kaedah ini ialah merangkumi, penilaian rubrik, skor penilaian dan  artifak (portfolio) yang dihasilkan pelajar.

     
  • Hasil kajian adalah dalam bentuk kualitatif iaitu rumusan dari pemerhatian pengkaji.




  • Pengkaji menggunakan penulisan komen pelajar, rakaman perbualan, skala yang diberikan oleh pelajar bagi setiap aktiviti yang dijalankan, dan borang penilaian rubrik dalam mendapatkan dat untuk kajian tindakan yang dijalankan.

  • Guru menganalisis data melalui komen dan data yang didapati melalui skala yang diberikan oleh pelajar untuk setiap aktiviti serta boring penilain rubrik.

     
  • Data yang diperolehi dipindahkan dalam bentuk graf untuk menunjukkan tahap penglibatan dan motivasi pelajar bagi setiap aktiviti P&P




















  • Guru menggunakan dua gambar berwarna yang mempunyai persamaan seperti gambar strawberi dan tembikai

    .
  •  Guru kemudiannya mengura jumlah perkataan yang mampu dijanakan oleh pelajar daripada gambar-gambar yang diberikan

  • Penulisan-penulisan pelajar dikategorikan kepada beberapa sifat-sifat penulisan seperti :

    1) Idea penulisan
              2) Pilihan  kata    
             3) Kelancaran ayat
             4)Persetujuan ayat

6.        Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian

  • Pengkaji membuat rumusan terhadap ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam kajian ini.Setiap rumusan atau dapatan merangkumi tahap keberkesana kaedah berkenaan. Bagi kaedah pertama iaitu “Penilaian Positif”, didapati bahawa pelajar menjadi kurang kreatif dalam penghasilan portfolio mereka kerana segala kriteria yang pengkaji perlukan telah dinyatakan di dalam borang rubrik yang diberikan.

  • Bagi kaedah kedua iaitu “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”, pengkaji menggunakan aktiviti pembelajaran secara kooperatif dan pelajar akan di nilai melalui hasil kerja berkumpulan dan penilain sesame pelajar yang dilakukan ketika berada di “Home Group”.

  • Bagi kaedah ketiga iaitu “Penilaian secara holistik atau menyeluruh dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan’, dimana pengkaji telah meminta pelajar melakukan rancangan pengajaran dan BBM menggunakan perisian komputer kemudian membentangkan di kelas dan guru membuat penilaian berdasarkan persembahan dan bukannya berdasarkan bahasa yang digunakan bagi tujuan mencari tahap kefahaman dan kemahiran pelajar berkenaan.


  • Guru menganalisis data melalui komen dan data yang didapati melalui skala yang diberikan oleh pelajar untuk setiap aktiviti serta boring penilain rubrik.

  • Data yang diperolehi dipindahkan dalam bentuk graf untuk menunjukkan tahap penglibatan dan motivasi pelajar bagi seyiap aktiviti P&P



  • Pengkaji-pengkaji menggunakan carta pai dalam memaparkan hasil dapatan kajian tindakan ini

    .
  •  Carta pai digunakan bagi menunjukkan peratusan kadar peningkatan dan tiada peningkatan yang dilakukan pelajar-pelajar dalam penulisan mereka


7.        Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal

  • Pengkaji melakukan kajian tindakan yang memfokuskan kepeda masalah perbezaan bahasa dan budaya diantara pengkaji (guru) dan pelajar dalam mendapatkan tahap pemahaman pelajar terhadap isi pengajarn yang disampaikan

  • Pengkaji mengkaji kajian tindakan menggunakan aktiviti kesenian dan kreativiti dalam meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar terhadap matapelajaran sosial yang kebanyakkan pelajar merasakan matapelajaran ini tidak penting kerana kebanyakkan guru memberi penekanan terhadap matapelajaran teras yang lain seperti Matematik.



  • Pengkaji mendapati bahawa terdapat kesukaran dalam memupuk kemahiran menulis di kalangan pelajar

     
  • Pengkaji memfokuskan penggunaan BBM iaitu gambar dan prompt serta prompt tanpa gambar dalam meningkatkan kemahiran penulisan pelajar

8.        Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian

  • Menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah “Penilaian Positif”, ialah “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar” dan penilaian rubrik, skor penilaian dan  artifak (portfolio) yang dihasilkan pelajar.




  • Pengkaji melakukan kajian tindakan ini menggunakan rakaman penulisan refleksi kendiri terhadap P&P beliau, penulisan refleksi pelajar, pendapat pelajar dan skala yang diberikan oleh pelajar terhadap aktiviti-aktiviti kesenian dan kreativiti yang guru lakukan.

  • Guru menggunakan hasil dapatan data dan pandangan pelajar dalam meningkatkan aktiviti kesenian dan kreativiti untuk P&P yang berikutnya.





  • Pengkaji-pengkaji melakukan kajian ini dengan menggunakan dua BBM yang berbeza iaitu penggunaan gambar bersama prompt dan penggunann prompt sahaja dalam mengkaji yang manakah memberikan makna dalam membantu penulisan pelajar mengikut kesesuaian umur mereka serta tahap pengetahuan dan pengalaman mereka terhadap topik yang diajar kepada mereka

9.        Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal

  • Hasil penilaian seorang guru terhadap pelajar yang berlainan bahasa ibunda dan budaya tidak semestinya boleh dilihat melalui markah peperiksaan semata-mata, ini kerana mungkin pelajar berkenaan tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik akan tetapi pelajar tersebut sebenar mempunyai pemahaman dan kemahiran yang tinggi terhadap apa yang telah dia pelajari. Oleh itu, penilaian dalam bentuk yang pelbagai perlu dilakukan oleh guru.

  • Melalui kajian ini didapati bahawa komunikasi adalah lebih penting dari bahasa pengunaan. Guru boleh mengkaji peningkatan pemahaman pelajar bukan hanya melalui kefahaman terhadap penggunaan bahasa yang digunakan pelajar semata-mata, akan tetapi jika guru mempunyai masalah atau limitasi dari segi penggunaan bahasa yang berbeza dengan pelajar guru boleh melakukan pemerhatian melalui bahasa badan, konteks mata dan sebagainya selain dari penggunaan bahasa semata-mata.


  • Penggunaan pelbagai aktiviti kesenian dan kretiviti yang melibatkan kecerdasan yang pelbagai pelajar mampu meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Ini kerana melalui aktiviti yang melibatkan pelajar meneroka dan menyalurkan kreativiti mereka mampu menarik minat mereka dalam melakukan tugasan mereka dalam  keadaan yang seronok. Selain itu bagi matapelajaran yang berfokuskan kepada pengetahuan am dan fakta seperti matapelajaran sosial ini. Aktiviti penerokaan merupakan aktiviti yang bersesuaian dalam membantu pelajar mendapatkan pemahaman yang baik terhadap isi pengajaran.


  • Hasil kajian tindakan ini memerikan gambaran bahawa apabila guru memilih tugasan menulis adalah penting bagi guru dalam mengkaji bahawa yang manakah berkesan samada penggunaan prompt yang digabungkan dengan gambar atau penggunaan prompt sahaja dalam meningkatkan kemahiran menulis dikalangan pelajar

  • Bagi pelajar yang muda iaitu dalam sampel kajian ini ialah pelajar tadika, gabungan gambar dan prompt dapat membantu mereka dalam menulis, Namun begitu apabila umur mereka meningkat (selepas tadika) penggunaan gabungan gambar dan prompt adalah tidak begitu bermakna bagi membantu penulisan mereka dan ianya dilihat dapat menghalang kreativiti mereka dalam penulisan.

  • Selain itu, pengkaji-pengkaji juga mendapati bahawa tahap pengetahuan dan pengalaman terhadap topik yang di ajar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan mereka bersama penggunaan BBM dalam kajian tindakan ini.


KESIMPULAN UNTUK KETIGA-TIGA JURNAL


Kesimpulan yang dapat dibuat terhadap ketiga-tiga jurnal di atas ialah, guru perlulah sentiasa melakukan refleksi terhadap mutu P&P yang dilakukannya. Apabila guru mendapati bahawa terdapat permasalahan dari segi mutu P&P maka guru perlulah melakukan kajian tindakan bagi mengatasi permasalahan tersebut.Guru adalah pengkaji dalam kajian tindakan yang dilakukan olehnya. Melalui pembacaan yang dilakukan terhadap ketiga-tiga jurnal tersebut, terdapat pelbagai strategi atau kaedah dalam melakukan sesuatu kajian tindakan terutama di dalam bilik darjah. Kajian tindakan perlulah dilakuakn secara berterusan sehingga jawapan yang terbaik terhadap permasalahan ditemui.


ULASAN JURNAL –JURNAL LAIN (AHLI KUMPULAN)



NOR AFIFAH BINTI YAACOB

JURNAL 1
Action Reseach
By : Eileen Ferrence

Jurnal ini menerangkan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang guru dalam melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah bagi mempertingkatkan mutu P&P yang dilakukan olehnya. Guru berperanan sebagai seorang pengkaji dalam kajian tindakan. Dalam jurnal ini, pengkaji menjalankan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Sampel pelajar ialah seramai 530 orang pelajar (merangkumi pelajar pra-sekolah sehinggalah pelajar tahap empat). Pengkaji menggunakan 5 peringkat (prosedur) dalam menjalankan kajian tindakan ini iaitu :

1)Mengenal pasti masalah yang berlaku
2)Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
3)Pentafsiran data
4) Tindakan berasaskan data
5) Refleksi

Pengkaji menggunakan beberapa kaedah/bahan dalam mengumpulkan data-data kajian seperti temu duga, diari, portfolio, nota lapangan. Gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, tinjauan kajian dan sampel projek pelajar. Bagi tujuan menganalisis data yang diperolehi pula pengkaji tidak menggunakan statistik atau bantuan teknikal.Pengkaji menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan dan memaparkan dalam bentuk jadual.

JURNAL 2
How to Do Action Research in Your Classroom
By : Frances Rust and Christopher Clark


Jurnal ini mengenai kajian tindakan yang dilakukan di bilik darjah (sekolah) dan sanpel kajian ini ialah pelajar sekolah.Prosedur yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian tindakan yang dilakukan ialah seperti berikut :

1) Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
2) Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
3) Memahami pengalaman – data dan analisis
4) Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
5) Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman

Pengkaji iaitu guru yang mengajar di bilik darjah tersebut melakukan penggumpulan data dengan menggunakan soal selidik , pemerhatian, survei, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot. Bagi memaparkan hasil dapatan kajian tindakan pengkaji menggunakan carta, graf dan jadual untuk memberi gambaran tentang data yang dikumpulkan.

JURNAL 3
Teaching Action Research on the Web
By : Ian Hughes

Jurnal ini membincangkan mengenai kajian tindakan yang dilakukan terhadap pelajar dan kakitangan sebuah universiti melalui penggunaan laman web. Prosedur bagi kajian tindakan ini ialah melalui 5 peringkat iaitu :

1) Kertas cadangan untuk projek pengajaran
2) Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
3) Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
4) Reka bentuk untuk terbitan elektronik
5) Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian , menggunakan laman web, soalan dan kajian perpustakaan bagi melakukan pengumpulan data bagi permasalahan yang dikaji. Bagi mempamerkan hasil dapatan kajian , pengkaji menggunakan peratusan dan mempamerkan dalam bentuk jadual.


WAN NOORAINI BINTI WAN MUHAMMAD

JURNAL 1
Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers.
By : Alcione N. Ostorga and Veronica Lopez Estrada.

Jurnal ini mengkaji tentang satu usaha bagi menggalakkan satu pendirian yang reflektif oleh guru-guru baru. Menerangkan tentang kajian terhadap satu model pengajaran untuk guru-guru praperkhidmatan di peringkat prasiswazah. Kajian ini dikembangkan melalui pendekatan kajian tindakan untuk membangunkan model pengajaran. Dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran.Kekurangan inisiatif oleh guru baru untuk menyediakan model pengajaran yang tersendiri.Guru baru merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan model pengajaran yang mengikut kefahamannya. Sampel kajian tindakan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir semasa mereka dalam proses kerja kursus mahasiswa. Pengkaji melaukan prosedur-prosedur berikut dalam menjalankan kajian tindakan ini, iaitu :

1) Pengkaji mengenalpasti masalah yang berlaku
2) Kajian semula
3) Pengkaji merancang tindakan yang hendak dilakukan
4) Pengaji mengumpul datan dan menganalisis data yang telah diperolehi
5) Penutup

Dalam melakukan pengumpulan dan penganalisan data kajian ini, pengkaji pada peringkat permulaan telah mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigm, kemudian mengumpulkan data dalam kajian ini tdengan menggunakan penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran , daripada tugasan-tugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian. Perbincangan akhir dilakukan dengan menjalankan sesi temubual bersama dengan pelajar yang dijemput untuk membincangkan tentang bahagian-bahagian kursus yang membantu dan yang tidak mempengaruhi.Selepas itu analisis data dilakukan dengan pengkaji menjalankan kajian tindakan dengan mengubah amalan-amalan pengajaran dalam kursus berikutnya. Kitaran ini tidak berhenti setakat itu sahaja akan tetapi dilakukan secara berulang-ulang sebanyak tiga kali sebelum model pengajaran yang disampaikan dalam bahagian terdahulu itu timbul. Pengkaji memaparkan dapatan kajian berdasarkan dua kajian kes yang dijalankan oeh pelajar dengan membuat penilaian bagi kedua-dua hasil yang diperolehi. Perbandingan hasil daripada kajian kes yang dilakukan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pembuktian terhadap data yang digunakan.

JURNAL 2
Minute Math: An Action Research Study Of Student Self-Assessment.
By: Susan M. Brookhart, Marissa Andolina, Megan Zuza and Rosalie Furman

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk melihat pencapaian kendiri pelajar melalui satu perlaksanaan projek iaitu “Minit matematik”. Projek ini dijalankan dengan melibatkan pelajar-pelajar meramal dan melihat graf skor pencapaian mereka dalam tempoh masa satu minggu sekali semasa ujian dilakukan yang merangkumi 0-9 fakta pendaraban yang melibatkan sifir matematik. Pelajar juga dapat melihat kemajuan dan kejayaan mereka menghafal tugasan pembelajaran dan strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah. Penilaian kendiri pelajar di anggap berjaya pada pusingan di mana pelajar dapat memantau pengajian metematik mereka sendiri. Permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan ini ialah pelajar dilihat kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah, oleh itu pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik. Sampel kajian tindakan ini adalah terdiri daripada empat puluh satu orang pelajar di dalam dua kelas-kelas tangga ketiga, termasuk pelajar pendidikan khas. Projek kajian tindakan dikendalikan bersama oleh dua penyelia Universiti, tiga orang guru dan tiga bakal guru. Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan ini, iaitu :

1) Konteks sekolah dan para peserta
- Kajian dilakukan dalam 2 kelas dan setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza.
- Guru memainkan peranan dalam memastiakan pelajar terlibat dalam kajian yang dilakukan.

2) Prosedur dan peralatan
- Bagi setiap kelas diperuntukkan 5 minit bagi setiap ujian yang diberikan yang dilakukan sekali seminggu dalam 10 minggu.
- Melihat kepada kemampuan pelajar menyelesaikan permasaalahan mengikut strategi pembelajaran mereka.
- Bagi membantu pelajar melakukan tugasan berbanding menghafal, ujian dan latihan dijalankan sekali dalam seminggu bagi setiap kelas.
- Markah dari setiap ujian yang dilakukan pelajar akan menjangkakan markan bagi ujian yang seterusnya.

Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan. Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza. Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar. Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui 2 kriteria bagi kelas yang berbeza.Pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan ini melalui penggunaan carta bar dan jadual.


JURNAL 3
Raising School Attendance: a case study of good practice in monitoring and raising standard. Oleh : Ken Reid Swansea Institute of Higher Education, Swansea, UK

Jurnal ini membincangkan mengenai satu kajian tindakan mengenai kes isu pengurusan dan pemantauan bagi mengurangkan kadar ketidakhadiran dan ponteng di sekolah. Permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan ini ialah peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah serta punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng. Prosedur yang dilakukan oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini ialah melalui pemilihan memilih sample yang terlibat iaitu sekolah-sekolah di England, kemudian pengkaji mengumpulkan data (melalui mesyuarata yang diadakan), kemudian pengkajia menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng. Daripada senarai sebab-sebab tersebut, pengkaji menyenariakan dan mengambil tindakan terhadap langkah-langkah yang dirasakan sesuai dalam mengatasi masalah ponteng tersebut.Pengkaji kemudiannya memasukkan peratus kehadiran pelajar bagi setiap tindakan yang diambil ke dalam bentuk jadual. Pada peringkat pengumpulan data dan penganalisisan data, pengkaji mengadakan mesyuarat terancang selama 2 hari dengan semua sekolah (sampel) bagi mengenalpasti tahap kehadiran pelajar. Mesyuarat ini melibatkan ketua-ketua guru, kakitangan sekolah kanan, pegawai-pegawai kebajikan pendidikan dan kakitangan sokongan LEA.Dalam mesyurat terbabit mereka bersama-sama menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng dan tidak hadir.Guru-guru kemudiannya telah mempelbagaikan pendekatan untuk mengurangkan ketidakhadiran iaitu secara lembut dan tegas. Pengkaji telah menggunakan jadual untuk memaparkan data yang diperolehi dari setiap sekolah.




0 comments: