CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 7 TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:

KAEDAH DEMONSTRASI , KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P

Pengenalan :

Demonstrasi merupakan kaedah menunjukkan cara pengaplikasian tentang topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini adalah dirasakan begitu berkesan jika digabungkan dengan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai pebeguhan terhadap pemahaman sampel kajain tindakan ini iaitu pelajar bermasalah pembelajaran. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar.

Relevan Tajuk Mini Kajian Tindakan yang Dipilih

*Pelajar bermasalah pembelajaran diperhatikan mempunyai masalah dalam mengingat dan memahami tanpa guru menunjukkan cara praktikal, oleh itu kaedah demonstrasi dilihat mampu membantu guru dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang topik yang diajar.
*Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P
*Melalui kad imbasan, guru dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru
*Perisian komputer iaitu gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P
*Perisisan komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif

Kelemahan Tajuk Mini Kajian Tindakan

1) Bahasa Melayu

-Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan perisian komputer dalam mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar bermasalah pembelajaran.Guru menunjukkan objek atau gambar sebenar perkataan yang diajar melalui kaedha demonstrasi
-Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.
-Pelajar bermasalah pembelajaran kurang didedahkan dengan ICT dan ini menimbulkan masalah untuk mengaplikasikan ICT dalam P&P. Sekiranya guru mahu mengaplikasikan perisian komputer dalam P&P bahasa Melayu, guru perlu membimbing pelajar untuk menggunakan ICT terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan P&P terganggu.
-Selain itu, pelajar bermasalah Pembelajaran juga mengalami masalah bacaan dan tulisan. kebanyakan mereka memahami isi pengajaran namun sekiranya diminta membaca teks, mereka akan mengalami masalah apatah lagi untuk menulis ayat.

2) ICT


-Kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran tidak menyediakan pengajaran bagi matapelajarn ICT.
-Dari pemerhatian, majoriti sekolah hanya mempunyai sebuah komputer dan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pengajaran ICT.
-Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan penerokaan perisian komputer dalam mengajar ICT kepad pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.
-Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.



3) Kemahiran Hidup


-Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru.

-Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan.

-Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang diajar oleh guru.

-Penggunaan kad imbasan yang sama akan membosankan pelajar.

Refleksi Berkumpulan:


-Kekangan masa
-Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja
-Pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer

 

Refleksi Ahli Kumpulan Lain:


-Tajuk mini kajian tindakan perlulah lebih dispesifikkan nama matapelajaran dan bukan P&P.
-Akan tetapi kami merasakan mini kajian adalah dilakukan untuk matapelajaran secara general bukan hanya dispesifikkan untuk beberapa matapelajaran sahaja. Ini kerana melalui mini kajian tindakan ini, apa yang kami ingin mengkaji ialah tahap kefahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang disampaikan melalui perbuatan mereka dengan menggunakan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai medium untuk mereka menyalurkan apa yang mereka faham terhadap isi pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.












0 comments: