CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 6, 2009

TUGASAN KELAS : Konsep Kajian Tindakan



KAJIAN TINDAKAN

Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.





Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)


Tujuan Kajian Tindakan

Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

Prinsip

Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti.


Proses Menjalankan Kajian Tindakan

Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:

Proses Tindakan



Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat


perancangan.
Proses 2 Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani


masalah yang dikenalpasti.Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin


memerlukan satu atau lebih aktiviti.
Proses 3 Memastikan : langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan


aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )
Proses 4 Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara


penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )
Proses 5 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Proses 6 Bertindak ( melaksanakan rancangan ) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut


apa yang telah dirancang.
Proses 7 Memerhati ( mengumpul bukti )
Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,


ujian dan latihan serta analisis dokumen.

• Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau


rakan sejawat memerhati guru mengajar.

• Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan


perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.

• Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan


yang mengkehendaki maklumat secara tepat.

• Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.

• Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang


diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod


salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.



Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )



• Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga


berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.
• Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.
• Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )






Langkah Tindakan

Langkah Tindakan
1 Mengenalpasti masalah / fokus / Isu
2 Mengumpul Data
3 Menganalisa data / membentuk persoalan kajian
4 Merancang Pelan Tindakan
5 Melaksanakan Pelan Tindakan
6 Mengumpul data untuk mengesan perubahan
7 Menganalisis dan menilai
8 Penilaian Impak


Kebaikan Kajian Tindakan

• Kajian Tindakan amat releven dan signifikan dalam menyelesaikan masalah dalam pengurusan sekolah.

• Ianya amat mudah dan dapat memberi tindaksusul semerta.

• Tidak memerlukan masa yang panjang.

• Rekebentuk boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan sebenar di sekolah.

• Penyelidik Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian.

• Penyelidikan dilakukan dalam keadaan sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif.
• Laporan hasil kajian menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru.






































































































































































































































0 comments: