CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 11, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL


Berdasarkan 3 jurnal:



1. Apa pernyataan masalah dalam Kajian?

2. Bagaimana mereka melaporkan pernyataan masalah?
3. Bincang, bentang dan laporkan.


TAJUK JURNAL 1
Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study
By: Johannes C. Cronje
Source = HW:Wilson

1)Pernyataan Masalah:

Masalah perbezaan komunikasi dan budaya antara pengkaji dan pelajar (responden) dalam pengkaji melakukan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dikalangan pelajar berkenaan (responden)

2) Bagaimana pengkaji melaporkan pernyataan masalah:

*Pengkaji telah melakukan kajian perpustakaan mengenai kajian ini terlebih dahulu dalam merangka kaedah yang bersesuaian sebelum kajian ini dilakukan.
*Kajian ini adalah ianya merangkumi tiga babak/fokus iaitu:
1)Perincian dan sedalam mana kriteria yang perlu
Dalam menilai portfolio pelajar
2) Apakah nilai dalam portfolio yang dihasilkan oleh pelajar
3)Bagaimana penilai dapat menyelamai proses-proses yang terlibat dalam penghasilan portfolio pelajar.
*Pengkaji menggunakan kaedah “Penilaian Positif” dengan menggunakan borang rubrik yang mengandungi 54 soalan penilaian dengan skala dari 0 hingga 1 dan daripada 0 hingga 5.
*Borang rubrik diedarkan kepada pelajar sebelum P&P dijalankan.Kriteria mengenai perkara-perkara yang hendak dinilai dinyatakan oleh pengkaji.
*Kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”
*Kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji ialah “Penilaian secara holistik dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan’.
*Dapatan kajian adalah hasil gabungan antara tiga kaedah ini ialah merangkumi, penilaian rubrik, skor penilaian dan artifak (portfolio) yang dihasilkan pelajar.
*Hasil kajian adalah dalam bentuk kualitatif iaitu rumusan dari pemerhatian pengkaji.
*Pengkaji membuat rumusan terhadap ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam kajian ini.Setiap rumusan atau dapatan merangkumi tahap keberkesana kaedah berkenaan. Bagi kaedah pertama iaitu “Penilaian Positif”, didapati bahawa pelajar menjadi kurang kreatif dalam penghasilan portfolio mereka kerana segala kriteria yang pengkaji perlukan telah dinyatakan di dalam borang rubrik yang diberikan.
*Bagi kaedah kedua iaitu “Penilaian terhadap kumpulan pelajar dan penilaian terhadap antara pelajar”, pengkaji menggunakan aktiviti pembelajaran secara kooperatif dan pelajar akan di nilai melalui hasil kerja berkumpulan dan penilain sesame pelajar yang dilakukan ketika berada di “Home Group”.
*Bagi kaedah ketiga iaitu “Penilaian secara holistik atau menyeluruh dengan meminta pelajar melakukan persembahan video tentang portfolio yang mereka hasilkan’, dimana pengkaji telah meminta pelajar melakukan rancangan pengajaran dan BBM menggunakan perisian komputer kemudian membentangkan di kelas dan guru membuat penilaian berdasarkan persembahan dan bukannya berdasarkan bahasa yang digunakan bagi tujuan mencari tahap kefahaman dan kemahiran pelajar berkenaan.

TAJUK JURNAL 2
An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom
By: Courtney Kosky
Source = Science Direct

1)Pernyataan Masalah:

Pelajar seringkali difokuskan kepada matapelajaran yang teras seperti matematik, pendidikan social seperti berkomunikasi, bergaul seringkali diabaikan oleh guru kerana ingin berusaha untuk mencapai sasaran pencapaian pelajar yang baik terhadap matapelajaran teras berbanding matapelajaran yang memberikan penekanan terhadap sosial seperti pendidikan moral dan pendidikan sivik di Malaysia.

2) Bagaimana pengkaji melaporkan pernyataan masalah:

*Pengkaji merupakan guru yang sedang melakukan praktikal pengajaran di sekolah dan masih dibawah pemerhatian mentornya iaitu pensayarah beliau.
*Pengkaji mendapatkan tahap penilaian kecerdasan pelbagai pelajar dan kelebihan pelajar melalui bentuk online pada awal pengajaran dilakukan.
*Guru menggunakan rakaman perbulan pelajar ketika mereka melakukan refleksi selepas P&P, dan pengakaji merekodkan refleksi P&P di dalam jurnal pengajarannya bagi membantu pengkaji memperbaiki aktiviti kesenian dan kreativiti untuk P&P akan datang.
*Pengkaji menggunakan penulisan komen pelajar, rakaman perbualan, skala yang diberikan oleh pelajar bagi setiap aktiviti yang dijalankan, dan borang penilaian rubrik dalam mendapatkan dat untuk kajian tindakan yang dijalankan.
*Guru menganalisis data melalui komen dan data yang didapati melalui skala yang diberikan oleh pelajar untuk setiap aktiviti serta boring penilain rubrik.
*Data yang diperolehi dipindahkan dalam bentuk graf untuk menunjukkan tahap penglibatan dan motivasi pelajar bagi setiap aktiviti P&P
*Guru menganalisis data melalui komen dan data yang didapati melalui skala yang diberikan oleh pelajar untuk setiap aktiviti serta boring penilain rubrik.
*Data yang diperolehi dipindahkan dalam bentuk graf untuk menunjukkan tahap penglibatan dan motivasi pelajar bagi seyiap aktiviti P&P

TAJUK JURNAL 3
The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge
By: Marilyn Joshua
Source = HW: Wilson

1)Pernyataan Masalah:

*Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran seperti tingkahlaku pelajar terhadap penulisan, kebolehan mereka dalam menulis, minat terhadap sesuatu topik, latarbelakang mereka terhadap pengetahuan dan juga pengalaman.
*Terdapat cabaran bagi guru dalam memupuk minat pelajar dalam menulis.
*Kajian tindakan ini dilakukan dalam mengkaji penggunaan gambar bersama "prompt" dan menulis menggunakan "prompt" sahaja

2) Bagaimana pengkaji melaporkan pernyataan masalah:

*Pengkaji-pengkaji telah menetapkan jenis-jenis gambar prompt yang ingin digunakan terlebih dahulu 

*Pengkaji-pengkaji menetapkan bagaimana cara gambar prompt dipersembahkan, jenis-jenis ujian yang diberikan mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar serta perancangan penggunaan bahan-bahan tersebut dalam P&P

*Pengkaji-pengkaji mencapai persetuan terlebih dahulu melalui perbincangan dan undian mengenai alternatif-alternatif pembolehubah yang ada
*Guru menggunakan dua gambar berwarna yang mempunyai persamaan seperti gambar strawberi dan tembikai

*Guru kemudiannya mengura jumlah perkataan yang mampu dijanakan oleh pelajar daripada gambar-gambar yang diberikan
*Penulisan-penulisan pelajar dikategorikan kepada beberapa sifat-sifat penulisan seperti :


1) Idea penulisan
2) Pilihan kata

3) Kelancaran ayat

4)Persetujuan ayat

*Pengkaji-pengkaji menggunakan carta pai dalam memaparkan hasil dapatan kajian tindakan ini

*Carta pai digunakan bagi menunjukkan peratusan kadar peningkatan dan tiada peningkatan yang dilakukan pelajar-pelajar dalam penulisan mereka

















0 comments: