CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 17, 2009

MINI KAJIAN TINDAKAN : PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data melalui penggabungan pendekatan secara kualitatif dan kuantitatif
  • Pemerhatian
  • Temubual
  • Borang kaji selidik
ANALISIS DATA

Analisis data menggunakan 3 langkah iaitu :

1) Mengurus (oragization)
Data-data yang diperolehi daripada tiga kaedah pemgumpulan data (pemerhatian,temubual dan borang kaji selidik) disusun dengan sistematik bagi menggelakkan perlambakan maklumat yang boleh mengelirukan pengkaji

2) Menerangkan (description)
Data-data yang diperolehi akan dikategorikan kepada tiga kategori iaitu:

a) Penglibatan pelajar dalam P&P
-Melibatkan diri (aktif)
-Tidak melibatkan diri (pasif)

b) Kefahaman mengenai apa yang disampaikan oleh guru melalui tingkahlaku pelajar
-Isi pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah difahami
-Isi pengajaran yang disampaikan oleh guru sukar difahami
-Pelajar suka menjawab soalan aktiviti guru
-Pelajar tidak suka menjawab soalan aktiviti guru

3) Penjelasan/penerangan (interpretation)
Melalui data-data yang diperoleh , ianya boleh digunakan guru dalam membuat penilaian samada kaedah demonstrasi, kad imbasan dan penggunaan perisian komputer berkesan atau tidak dalam meningkatkan instrumen penilaian tahap kefahaman pelajar.

SUMBER DAN ANALISIS DATA




BUKU

BAGAIMANA DATA DARI PELBAGAI SUMBER DAN TEKNIK DIANALISIS ?

Pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar dan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian mampu memberikan pemahaman mengenai sikap,nilai, dan pendapat pelajar. Dengan kehadiran data-data ini akan dapat membantu guru dalam meningkatkan mutu P&P.



KAEDAH KUALITATIF

Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil . 


Kaedah ini merangkumi diskriptif, kumpulan data tidak bernombor dan melakukan pemeriksaan terhadap maklumat (pemahaman). Jenis maklumat yang dikumpulkan melalui pendekatan kualitatif adalah mendalam (detail), kebiasaanya mempunyai deskripsi yang mendalam dan berdasarkan persoalan yang kompleks.

Dalam mencapai pemahaman tentang perhubungan maksud dan gaya dalam kajian yang dilakukan, pengkaji akan melakukan temubual dengan pelajar dalam mendapatkan maklumat mengenai pandangan dan perasaan mereka dalam permasalahan yang dikaji.

Pendekatan kualitatif melibatkan apa yang diperhatikan dan disokong oleh pernyataan mengenai apa yang diperhatikan oleh mereka yang terlibat (pelajar).




Analisis data kualitatif



Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian.



Langkah-langkah penting dalam analisis data kualitatif ialah:



1) Menguruskan (Organization)



Langkah pertama dalam menganalisis data kualitatif ialah menguruskan data yang diperolehi. Apabila pengkaji memperoleh data daripada temubual, nota dan sebagainya, pengkaji akan merasakan data yang diperolehi adalah terlalu banyak dan keliru (information overload). Menyusunkan data-data ini secara sistematik adalah langkah pertama yang perlu pengkaji lakukan. Pengkaji perlu membuat keputusan terhadap sistem kategori data yang digunakan yang membolehkan data-data yang memberikan maklumat yang sama jenis dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Untuk memudahkan pengkaji mengkategorikan data-data yang sama dalam kumpulan yang sama, adalah penting bagi pengkaji dalam melakukan klasifikasi istilah-istilah digunakan ketika proses pengumpulan data dilakukan. Sebagai contoh, guru mendapati bahawa kategori asal dalam pemgumpulan data yang dilakukan adalah terlalu luas dan beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan sub kategori. Guru tersebut menguruskan data-data tersebut penggunaan tema seperti “Kerjasama”, Pendedahan Peribadi” dan “Komen yang tidak Relevan”. Istilah-istilah ini boleh digunakan seperti suatu label dalam mengumpulkan/klasifikasikan data-data yang bersesuaian dengan label-label tersebut.



2) Penerangan/gambaran (Description)

Data-data yang telah dikategorikan perlu dicirikan dan penerangan ini dapat menunjukkan sejauh mana tahap sesuatu tingkahlaku itu dicapai atau tidak dicapai. Data pada peringkat ini boleh digunakan oleh guru dalam mengkaji sejauh mana keberkesanan P&P mereka. Sebagai contoh, seorang guru menjalankan kajian tindakan terhadap permasalahan berkaitan dengan “kekurangan produktiviti pelajar apabila berada dalam kumpulan kooperatif”



3) Interpretasi (Interpretation)

Selepas ciri-ciri data dikenalpasti dan difahami, langkah yang seterusnya ialah menginterpretasikan data. Pengkaji akan melihat perhubungan tingkah laku/situasi dengan maksud yang diberikan dari data yang diperolehi. Melalui penerangan data-data yang diperolehi, pengkaji akan dapat maklumat mengenai apakah yang dijangkakan, tidak dijangkakan, cabaran dalam permasalahan kajian yang dilakukan. Pengkaji seterusnya boleh memikirkan bagaimana data yang diperolehi dapat memberikan impak terhadap praktis sedia ada yang dilakukan olehnya, bolehkah data ini dikongsi dengan pelajar-pelajarnya? adakah kajian ini dapat memberikan idea untuk guru mengubahkan kaedah yang digunakan? dan adakah data yang diperoleh menunjukkan guru perlu membuat penambahan terhadap persoalan kajian untuk masa depan?. Kesemua persoalan-persoalan ini perlu difikirkan oleh guru ketika melakukan analisis data.



KAEDAH KUANTITATIF

Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian, ia boleh melibatkan responden yang besar.

Langkah-langkah penting dalam analisis data kualitatif ialah:



1) Menggunakan statistik deskriptif

Statistik Deskriptif adalah suatu rangkaian proses pengumpulan, penyajian, dan, peringkasan berbagai karakteristik data, dengan tujuan mengkomunikasikan data tersebut, agar dapat menjadi informasi yang bermanfaat. Statistik deskriptif penting bagi seorang guru sebagai pengkaji kerana ia merupakan cara atau kaedah mengurus dan menyenaraikan data yang baik.



2) Pemusatan kecenderungan murid (Central Tendency)

Contoh: sekiranya guru ingin ingin melihat prestasi seseorang murid untuk sesuatu tempoh masa tertentu, guru akan memilih untuk menggunakan statistik ini bagi melihat tahap pencapaian murid tersebut.

Central Tendency adalah ukuran terpusat dari data tersebut, yang diangggap mewakili seluruh nilai atau menggambarkan semua data yang ada.

Ukuran-ukuran Central Tendency :

1. Mean : Rata-rata data

2. Median : Titik tengah data

3. Modus : Data yang memiliki frekuensi yang paling banyak.



3) Mengenalpasti taburan data

Dari data yang diperolehi dari Central Tendency, guru akan mengetahui cara untuk mengenalpasti perbezaan kelas data. Contoh: tidak semua pelajar dalam kumpulan 1 (rujuk data) berkongsi skor markah yang sama.


Median

Kumpulan 1

90

90

90

90

91

92

92

92

93

Kumpulan 2

70

73

70

60

91

97

98

95

98



4) Mengenalpasti julat data

Perbezaan antara data yang terbesar dan data yang terkecil.  Contoh: kumpulan 1 mendapat julat data sebanyak 15 (20-5) dan kumpulan 2 mendapat julat 3 (8-5)


Median

Kumpulan 1

5

6

7

8

9

20

Kumpulan 2

5

6

7

8

9

8



5) Sisihan piawaian (The Standard Deviation)

Pengukuran statistik terhadap taburan data dalam min. Berdasarkan data yang diperolehi dalam julat data, penilaian akan dibuat untuk mengenalpasti perbezaan skor bagi setiap kelompok. Sekiranya penilaian dibuat dalam dua kelompok data, dari segi piawaian dan  julat data, ia nyata berbeza diantara satu sama lain.



ERIKSON : SASARAN UNTUK MENGANALISIS DATA KUANTITATIF DAN KUALITATIF

Tahap 1: kepercayaan lawan ketidakpercayaan

Tahap 2: Autonomi lawan malu dan ragu-ragu

Tahap 3: Inisiatif lawan rasa bersalah

Tahap 4: Industri/ kecekapan lawan rendah diri

Tahap 5: Identiti lawan kekeliruan peranan

Tahap 6: Intim lawan pengasingan

Tahap 7: Generativiti lawan kekakuan

Tahap 8: Ego/integriti lawan kekecewaan



PERBEZAAN KAEDAH KUALITATIF DAN KUANTITATIF

Secara umum kaedah utama kajian tindakan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif .


Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan.



Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. 
Dalam kajian ‘sekularisasi’, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif.


KOLOKIUM



“Meningkatkan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar bagi subjek biologi tingkatan empat menggunakan kaedah peta minda secara berkumpulan “

Nama pembentang : Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris (P48603)





PENGENALAN



Subjek biologi merupakan salah satu subjek yang boleh dianggap kritikal ataupun susah untuk diingati konsep-konsepnya serta pelajar juga dilihat sering bermasalah dalam memahami isi kandungan subjek ini. Pelajar sering melihat subjek biologi sebagai subjek yang membosankan. Penggunaan peta minda dirasakan oleh para pengkaji dapat membantu dan merupakan salah satu kaedah motivasi yang dapat merangsang para pelajar mengingat dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan pemahaman dan suasana P&P pelajar bagi subjek ini. Kajian ini dilakukan untuk menilai sama kaedah peta minda dapat meningkatkan pemahaman pembelajaran dan meningkatkan suasana belajar bagi subjek Biologi tingkatan 4.


OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat 3 objektif kajian ini dilakukan, iaitu supaya pelajar dapat memahami setiap isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi,dapat mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan komunikasi pelajar dan supaya pelajar mudah memahami dan mengingati setiap konsep dan istilah dalam Biologi bagi tajuk nutrisi.


PERSOALAN KAJIAN




• Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?
• Adakah kaedah ini dapat mewujudkan suasana belajar yang efektif dan menyeronokkan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar?
• Adakah kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dalam memahami konsep serta istilah Biologi bagi tajuk nutrisi?


METODOLOGI, SAMPEL KAJIAN DAN SETTING KAJIAN


Kajian ini telah dilakukan selama 4 minggu terhadap pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Kindi iaitu seramai 60 orang pelajar.Bab yang difokuskan dalam kajian tindakan ini ialah daripada Bab 6-Nutrisi, dan subtopiknya ialah ‘The Use of Technology in Food Production’ .


Instrumen-instrumen yang digunakan oleh pengkaji ketika menlakukan kajian tindakan ini ialah :


*Rancangan harian guru berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi,

*Tontonan video-CD ROM,

*Kertas mahjong
*Crayon warna
*Pemain MP3 (Perakam suara)


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA



Para pengkaji telah menngunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan hasil dapatan yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi. Tiga kaeda tersebut iailah:


a) Pemerhatian pengkaji (Penilaian kendiri-RPH)





Guru (pengkaji) sentiasa melakukan pemerhatian di dalam kelas dan mencatatkan segala perubahan dan peningkatan dengan menulis atau merekodkan dalam Rancangan Pengajaran Harian di bahagian “Refleksi”





Kriteria Penilaian – Pemerhatian


Tingkah laku pelajar

-Berminat melakukan tugasan yang di beri

-Memberi reaksi yang positif ketika bekerjasama
-Keadaan kelas terkawal


Kerjasama dan interaksi sesama pelajar
-Kerjasama yang positif di kalangan pelajar
-Tiada ahli yang mengambil kesempatan




Kreativiti hasil pembentangan peta minda
Pelajar bijak mempersembahkan isi kandungan dalam bentuk yg efektif dan padat



b) Borang kaji selidik


Guru (pengkaji) telah menyediakan borang kaji selidik dan para pelajar (responden) diminta untuk menjawab dengan jujur bagi mendapatkan data yang sahih.Terdapat tiga tema dalam borang kaji selidik ini iaitu tema pemahaman,tema suasana keseronokan dan tema komunikasi berkesan.



Kriteria Penilaian-Borang Kaji Selidik



Tema Pemahaman
-Menguasai topik
-Memahami topik dengan mudah
-Objektif pengajaran yang lebih jelas


Tema suasana keseronokan

-Tidak mengantuk dan bosan

-Pembelajaran lebih menarik

-Pembelajaran lebih menyeronokkan




Tema komunikasi berkesan


-Berani mengemukakan pendapat

-Merapatkan ikatan persahabatan

-Mengajar kemahiran berkomunikasi berkesan

-Meningkatkan keyakinan diri berhadapan khalayak ramai





c) Temubual berstruktur dan tidak berstruktur



Guru (pengkaji) melakukan temubual berstruktur iaitu berpandukan soalan-soalan yang telah siap direka dan temubual tidak berstruktur dimana temubual dilakukan secara spontan dan tidak berlandaskan soalan-soalan yang telah siap dibina.




Kriteria Penilaian-Temubual (Soalan-Soalan Yang Diajukan)




1) Apakah pendapat anda tentang perbezaan di antara kuliah dan kaedah kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?

2) Kaedah yang manakah yang anda membuat anda lebih bersemangat dalam mempelajari topik-topik terbaru?

3) Bagaimana interaksi anda dengan rakan-rakan anda bila anda melakukan kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?





METODOLOGI AKTIVITI





1. Penerangan tentang subtopik yang akan di ajar dengan menggunakan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar.

2. Guru memberi arahan kepada pelajar agar membentuk kumpulan seramai 5 hingga 6 orang dalam sebuah kumpulan.


3. Seterusnya guru memberi pilihan tajuk-tajuk.

4. Para pelajar bebas memilih tajuk masing-masing.

Pelajar di beri masa 20 minit untuk perbincangan serta penghasilan peta minda dan 5 minit untuk pembentangan



IMPLIKASI KAJIAN




1.Pemerhatian



Hasil kajian ini didapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat ketika melakukan tugasan .Selain itu melalui melakukan tugasan secara berkumpulan pelajar dilihat dapat membiasakan diri bekerjasama sesama mereka dan kemahiran komunikasi mereka juga dilihat meningkat. Para pengkaji juga mendapati bahawa pelajar mampu menghasilkan idea yang kreatif ketika melakukan perbentangan dan kerja berkumpulan. Para pengkaji juga mendapati terdapat kekurangan dalam penggunaan kaedah peta minda ini iaitu pelajar sering kali melakukan tugasan melebihi had masa yang diberikan.




2.Borang kaji selidik




Tema kefahaman


Sebanyak 54% pelajar merasakan melalui kaedah peta minda berkumpulan mereka dapat menguasai topik dengan baik ,56% pelajar merasakan mereka lebih mudah memahami topik dan 41% pelajar menyatakan melalui kaedah peta minda skema objektif pengajaran menjadi semakin jelas.




Tema suasana keseronokan

Sebanyak 43% pelajar menyatakan mereka berada dalam peringkat sederhana berani dalam mengemukakan pendapat ketika melakukan perbentangan aktiviti kaedah peta minda secara berkumpulan,52% pelajar menyatakan kaedah ini dapat merapatkan ikatan persahabatan,48% pelajar menyatakan kaedah ini dapat mengajar mereka kemahiran komunikasi dan 42% pelajar merasakan mereka berasa semakin yakin namum masih lagi pada peringkat sederhana melalui aktiviti kaedah peta minda secara berkumpulan.




3.Temubual



Hasil daripada temubual ,kebanyakan pelajar mengatakan kaedah peta minda dapat memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran , kaedah peta minda dianggap penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar dan bagi mereka perlu ada keperluan kaedah kuliah di awal pengajaran .Selain itu melalui peta minda pelajar mendapati bahawa mereka lebih menggemari kaedah pembelajaran bersifat dua hala-lebih dan ianya memudahkan mereka mengingati fakta .Kaedah peta minda juga bagi mereka lebih bersifat interaktif dan mereka dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara dan pada masa yang sama kaedah peta minda juga membantu dalam komununikasi antara pelajar




PENAMBAHBAIKAN



Berikut adalah beberapa penambahbaikan yang dicadangkan oleh pengkaji (guru) dalam mempertingkatkan penggunaan kaedah peta minda di dalam P&P pada masa akan datang :




1) Mencari tempat yang lebih selesa untuk pelajar menjalankan tugasan seperti kantin atau padang

2) Guru perlu menyediakan satu jadual tarikh penghantaran tugasan yang spesifik bagi memudahkan pelajar merancang tindakan mereka

3) Elemen ‘role-play’ boleh di gabungkan dengan kaedah peta minda bagi meningkatkan lagi efektif objektif kajian.

4) Pelajar perlu di beri ganjaran sebagai satu kaedah motivasi ekstrinsik bagi tujuan peneguhan positif.




APAKAH KEKUATAN MINI KAJIAN TINDAKAN INI?




• Menggunakan kaedah pengumpalan data yang pelbagai iaitu melalui pemerhatian, borang kaji selidik dan temubual (bestruktur dan tidak berstruktur)

• Klasifikasi yang sistematik terhadap pembahagian pengumpulan data seperti setiap kaedah pengumpulan data pengkaji telah membahagikan kepada beberapa subtopic atau tema-temanya




APAKAH KELEMAHAN MINI KAJIAN TINDAKAN INI?




• Terlalu banyak skop yang ingin dikaji seperti tahap pemahaman pelajar, tahap komunikasi pelajar dan tahap pelajar mengigati konsep melalui peta minda

• Pengukuran mengenai pemahaman adalah sesuatu yang sukar diukur




CADANGKAN PENAMBAHBAIKAN




• Objektif kajian perlu memfokuskan kepada sesuatu yang mudah dilihat atau diukur seperti penilaian terhadap perubahan tingkahlaku

• Tidak menggunakan terlalu banyak skop terhadap penggunaan suatu kaedah pengajaran

• Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti peta minda perlulah dipanjangkan



































Friday, December 11, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 13 : MINI KAJIAN TINDAKAN


Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:


1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)

Kaedah inkuiri
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

Kaedah Perbincangan.

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

Kaedah Sumbangsaran

Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.

Kaedah Main Peranan

Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.

Kaedah Simulasi.

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

Kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)

Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.

2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian

Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:
 #Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
#Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah demonstrasi

Kajian ini melihat kaedah demonstrasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Konseptual dan Operasional kajian

#Definisi konsep dirujuk sebagai definisi teori yang harus berdasarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

#Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

Kerangka Konseptual

@ Demonstrasi - Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

@ Simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

Berdasarkan Maklum Balas, buat Penambahbaikan dari Segi Penyataan Masalah, Tujuan dan Objektif Kajian.


TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
 
KAEDAH DEMONSTRASI, KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P & P
 
Persoalan kajian
 
1) Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan?
2) Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
3) Adakah melalui penggunaan kaedah demonstrasi, kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?
 
Objektif :

*Pelajar dapat melihat langkah-langkah penggunaan serta objek sebenar berkaitan dengan topik yang diajar oleh guru
*Pelajar dapat menunjukkan objek yang telah dipelajari melalui kad imbasan bergambar apabila disoal oleh guru
*Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar
*Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan
*Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan
*Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer

Tujuan :
Meningkatkan instrumen penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan oleh guru.