1. Konsep Kajian Tindakan
Kajian Tindakan merupakan bentuk kajian yang tergolong dalam penyelidikan dalam pendidikan. Aspek-aspek yang terlibat dalam kajian ini merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi. Kebiasaannya terdapat dua pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza.
Tujuan sesuatu kajian itu dijalankan ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji akan dikemukakan kepada sampel kajian.
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif iaitu bentuk kajian yang menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca serta data yang berbentuk statistik (nombor) juga digunakan .Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.
Merancang
Aspek perancangan merupakan aspek yang paling penting sebelum memulakan kajian kerana dari proses perancangan ini, penyelidik dapat memahami perkara-perkara yang patut diambil perhatian sebelum dilaksanakan. Perancangan yang rapi akan menentukan kajian yang dijalankan dapat berjalan dengan teratur, terancang dan sistematik untuk memudahkan pencapaian objektif kajian yang telah ditetapkan.
Bertindak
Setelah peringkat perancangan P&P dijalankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan, langkah seterusnya ialah melaksanakan tindakan (bertindak) dalam melaksanakan aktiviti yang dirancangkan di dalam bilik darjah. Pelaksanaan aktiviti lazimnya dilakukan berdasarkan analisis data yang telah dikumpulkan oleh guru sebelum memulakan P&P di dalam kelas. Dalam onteks ini, keberkesanan aktiviti masih diperingkat tidak dapat dipastikan lagi.
Lazimnya, aktiviti yang dilaksanakan adalah melalui proses 'cuba-jaya', iaitu pelaksanaan aktiviti yang memerlukan penambahbaikan selepas aktiviti selesai dilaksanakan. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya.Proses cuba-jaya dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik dari pada masa akan datang.
Pemerhatian
Dalam peringkat pemerhatian yang dijalankan ini merupakan salah satu kaedah pengumpulan data. Hasil dapatan kajian atau rumusan tentang kajian yang dijalankan adalah bergantung kepada data-data yang telah dikumpulkan sepanjang kajian tersebut dijalankan. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru.
Oleh itu, semasa pelaksanaan pengumpulan data, perkara utama yang harus di ambil kira oleh pengkaji ialah dari segi langkah pemerhatian supaya proses pengumpulan data berjalan dengan baik dan menepati keadaan yang sebenar. Adalah penting bagi pengkaji menentukan cara dan alat pengumpulan data sebelum melaksanakan pemerhatian terhadap kajian.
Refleksi
Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa mengimbas kembali pelaksanaan proses P&P, penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses P&P, guru juga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.
TUGASAN TAMBAHAN : REFLEKSI
14 years ago
0 comments:
Post a Comment