CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 9 TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN


TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
KAEDAH DEMONSTRASI, KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P































Pengenalan :

Demonstrasi merupakan kaedah menunjukkan cara pengaplikasian tentang topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini adalah dirasakan begitu berkesan jika digabungkan dengan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai pebeguhan terhadap pemahaman sampel kajain tindakan ini iaitu pelajar bermasalah pembelajaran. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar

Relevan :

*Pelajar bermasalah pembelajaran diperhatikan mempunyai masalah dalam mengingat dan memahami tanpa guru menunjukkan cara praktikal, oleh itu kaedah demonstrasi dilihat mampu membantu guru dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang topik yang diajar
*Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P
*Melalui kad imbasan, guru dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru
*Perisian komputer iaitu gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P
*Perisisan komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif


Matlamat :

Meningkatkan instrumen penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan oleh guru.

Objektif :

*Pelajar dapat melihat langkah-langkah penggunaan serta objek sebenar berkaitan dengan topik yang diajar oleh guru
*Pelajar dapat menunjukkan objek yang telah dipelajari melalui kad imbasan bergambar apabila disoal oleh guru
*Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar
*Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan
*Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan
*Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer

Persoalan kajian

1) Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan?
2) Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
3) Adakah melalui penggunaan kaedah demonstrasi, kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?

Sampel:

Pelajar bermasalah pembelajaran

Tempat kajian tindakan dilakukan:

Bilik darjah

Kekuatan tajuk mini kajian tindakan:

1) ICT

Melalui pemerhatian dan pengalaman terhadap pelajar bermasalah pembelajaran ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sekolah program pendidikan khas integrasi di SMK Jalan Reko dan SMK Kajang Utama saya mendapati penggunaan kaedah demonstrasi memang banyak membantu guru dalam penyampaian maklumat sesuatu topik yang diajar, ini kerana melalui kaedah demonstrasi pelajar dapat melihat dan mempraktikkan apa yang diajar serta melalui kaedah ini juga ianya dapat menarik minat dan perhatian pelajar bermasalah pembelajaran dalam memberikan perhatian terhadap apa yang mereka pelajari . gabungan penggunaan kad imbasan bergambar dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dengan berkesan. Penggunaan kad imbasan bergambar dan kad imbasan mempunyai perkataan dapat membantu pelajar dalam membaca dan mengingat apa yang mereka belajar melalui sebutan dan visual.


Melalui pemerhatian saya ketika melakukan ujian saringan dan ujian diagnostik ICT di SMK Kajang Utama, saya mendapati penggunaan komputer dalam P&P adalah kurang oleh itu majoriti pelajar bermasalah pelajaran menunjukkan minat apabila komputer digunakan ketika ujian-ujian tersebut dijalankan namum mereka tidak berkesempatan untuk menorakainya. Mata pelajaran ICT bagi program pendidikan khas masalah pembelajaran ialah satu mata pelajaran yang mampu memberikan kemahiran kepada pelajar-pelajar dalam menggunakan asas-asas penggunaan komputer yang membolehkan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh mereka gunakan pada masa hadapan mereka seperti melakukan kerja-kerja dipejabat dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya dapati ialah kebanyakkan program pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah tidak mengajar mata pelajaran ini secara berterusan dan telah diganti dengan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran yang memfokuskan kepada kemahiran. Selain itu, terdapat guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini hanya kepada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang dianggap paling baik sahaja. Oleh itu, dengan penggunaan kaedah demonstrasi dan digabungkan dengan kad imbasan dan penggunaan aplikasi komputer saya merasakan bahawa guru mampu mengajar mata pelajaran ini kepada semua tahap intelek pelajar. Ini kerana, melalui demonstrasi pelajar melihat guru melakukan langkah-langkah penggunaan dan turut mengikut apa yang guru lakukan. Bagi penggunaan kad imbasan pula, ianya mampu digunakan dalam menguji sejauhmana tahap pemahaman seseorang pelajar terhadap apa yang telah diajar oleh guru. Penggunaan perisian komputer adalah dirasakan paling penting dalam pengajaran mata pelajaran ini, ini kerana pelajar bukan sahaja melihat dan mendengar penerangan oleh guru mereka tetapi turut melakukan aplikasi dengan berdikari dan bantuan guru.


Kelemahan tajuk mini kajian tindakan:


1) ICT
-Kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran tidak menyediakan pengajaran bagi matapelajarn ICT.
-Dari pemerhatian, majoriti sekolah hanya mempunyai sebuah komputer dan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pengajaran ICT.
-Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan penerokaan perisian komputer dalam mengajar ICT kepad pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.
-Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.

2)Bahasa Melayu

-Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan perisian komputer dalam mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar bermasalah pembelajaran.Guru menunjukkan objek atau gambar sebenar perkataan yang diajar melalui kaedah demonstrasi
-Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.
-Pelajar bermasalah pembelajaran kurang didedahkan dengan ICT dan ini menimbulkan masalah untuk mengaplikasikan ICT dalam P&P. Sekiranya guru mahu mengaplikasikan perisian komputer dalam P&P bahasa Melayu, guru perlu membimbing pelajar untuk menggunakan ICT terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan P&P terganggu.
-Selain itu, pelajar bermasalah Pembelajaran juga mengalami masalah bacaan dan tulisan. kebanyakan mereka memahami isi pengajaran namun sekiranya diminta membaca teks, mereka akan mengalami masalah apatah lagi untuk menulis ayat.

3) Kemahiran Hidup
-Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru.
-Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan.
-Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang diajar oleh guru.
-Penggunaan kad imbasan yang sama akan membosankan pelajar.

Cadangan

Cadangan refleksi individu :

1)Guru perlu memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer
2)Guru perlu kerap mengulang dan membaca perkataan di kad imbasan bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran
3)Melakukan pengenalan kepana penggunaan komputer untuk setiap kali P&P dijalankan bagi membantu pelajar bermasalah pembelajarn mengingat atau mengimbas kembali cara penggunaan komputer.

Cadangan refleksi berkumpulan

1) Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dicadangkan mengikut target masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan penggunaan aktiviti kad imbasan dan penggunaan perisian komputer. Guru tidak perlu menunggu sehingga pelajar memberikan jawapan pada setiap kad imbasan dan perisian komputer yang digunakan
2) Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar
3) Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan


Cadangan refleksi dari kumpulan lain :

1) Tidak kesemua sekolah mempunyai jumlah komputer yang mencukupi yang membolehkan pelajar melakukan pengaplikasian secara berdikari oleh itu kaedah demonstrasi mampu digunakan oleh guru walaupun pelajar tidak berpeluang untuk melakukan aplikasi menggunakan komputer sebuah seorang.
2)Mampu menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang diajar oleh guru.
3)Penyediaan kad imbasan yang disediakan kepada pelajar perlulah lebih menarik dari segi pemilihan gambar, warna dan perkataan supaya pelajar lebih suka.
4)Guru perlu menghadkan penggunaan kad imbasan berbentuk gambar dan lebihkan kepada kad imbasan berbentuk perkataan kerana pelajar bermasalah pembelajaran memang kebanyakannya telah mengenali gambar tetapi mereka tidak tahu membaca. Apabila guru menunjukkan perkataan dan pelajar tidak dapat membaca barulah guru perlu menunjukkan gambar yang bersesuaian. Dengan cara ini pelajar akan lebih cepat dapat membaca.
5)Perisian komputer juga boleh dijadikan medium untuk membantu pelajar mengenali gambar yang ditunjukkan. Guru boleh menyuruh pelajar menaip semula perkataan berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. Melalui cara ini pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran pengunaan teknologi.
6)Melalui perisian komputer juga guru boleh menunjukkan gambar-gambar seperti di dalam kad imbasan tetapi ditunjukkana dalam pelbagai bentuk yang berbeza.









0 comments: