CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 6 TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:

KAEDAH DEMONSTRASI,  KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P


Pengenalan :

Demonstrasi merupakan kaedah menunjukkan cara pengaplikasian tentang topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini adalah dirasakan begitu berkesan jika digabungkan dengan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai pebeguhan terhadap pemahaman sampel kajain tindakan ini iaitu pelajar bermasalah pembelajaran. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar.


Relevan Tajuk Mini Kajian Tindakan:

*Pelajar bermasalah pembelajaran diperhatikan mempunyai masalah dalam mengingat dan memahami tanpa guru menunjukkan cara praktikal, oleh itu kaedah demonstrasi dilihat mampu membantu guru dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang topik yang diajar.
*Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P
*Melalui kad imbasan, guru dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru
*Perisian komputer iaitu gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P
*Perisisan komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif


Kekuatan Tajuk Mini Kajian Tindakan Refleksi Individu :

1) ICT
Melalui pemerhatian dan pengalaman terhadap pelajar bermasalah pembelajaran ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sekolah program pendidikan khas integrasi di SMK Jalan Reko dan SMK Kajang Utama saya mendapati penggunaan kaedah demonstrasi memang banyak membantu guru dalam penyampaian maklumat sesuatu topik yang diajar, ini kerana melalui kaedah demonstrasi pelajar dapat melihat dan mempraktikkan apa yang diajar serta melalui kaedah ini juga ianya dapat menarik minat dan perhatian pelajar bermasalah pembelajaran dalam memberikan perhatian terhadap apa yang mereka pelajari . gabungan penggunaan kad imbasan bergambar dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dengan berkesan. Penggunaan kad imbasan bergambar dan kad imbasan mempunyai perkataan dapat membantu pelajar dalam membaca dan mengingat apa yang mereka belajar melalui sebutan dan visual.

Melalui pemerhatian saya ketika melakukan ujian saringan dan ujian diagnostik ICT di SMK Kajang Utama, saya mendapati penggunaan komputer dalam P&P adalah kurang oleh itu majoriti pelajar bermasalah pelajaran menunjukkan minat apabila komputer digunakan ketika ujian-ujian tersebut dijalankan namum mereka tidak berkesempatan untuk menorakainya. Mata pelajaran ICT bagi program pendidikan khas masalah pembelajaran ialah satu mata pelajaran yang mampu memberikan kemahiran kepada pelajar-pelajar dalam menggunakan asas-asas penggunaan komputer yang membolehkan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh mereka gunakan pada masa hadapan mereka seperti melakukan kerja-kerja dipejabat dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya dapati ialah kebanyakkan program pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah tidak mengajar mata pelajaran ini secara berterusan dan telah diganti dengan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran yang memfokuskan kepada kemahiran. Selain itu, terdapat guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini hanya kepada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang dianggap paling baik sahaja. Oleh itu, dengan penggunaan kaedah demonstrasi dan digabungkan dengan kad imbasan dan penggunaan aplikasi komputer saya merasakan bahawa guru mampu mengajar mata pelajaran ini kepada semua tahap intelek pelajar. Ini kerana, melalui demonstrasi pelajar melihat guru melakukan langkah-langkah penggunaan dan turut mengikut apa yang guru lakukan. Bagi penggunaan kad imbasan pula, ianya mampu digunakan dalam menguji sejauhmana tahap pemahaman seseorang pelajar terhadap apa yang telah diajar oleh guru. Penggunaan perisian komputer adalah dirasakan paling penting dalam pengajaran mata pelajaran ini, ini kerana pelajar bukan sahaja melihat dan mendengar penerangan oleh guru mereka tetapi turut melakukan aplikasi dengan berdikari dan bantuan guru.


Kekuatan tajuk mini kajian tindakan refleksi berkumpulan:

*Kebanyakkan program pendidikan khas di sekolah tidak mengajar mata pelajaran ICT dengan berterusan dan kebanyakkan penyelaras telah menggantikan masa untuk mata pelajaran ICT dengan mata pelajaran kemahiran.
*Dengan menggunakan kaedah demonstrasi, guru dapat menjimatkan masa dalam mengajar pelajar mata pelajaran ICT, guru boleh menggunakan tayangan video atau menunjuk cara melakukan langkah-langkah di skrin dan meminta pelajar bersama-sama mengikut pergerakan yang dibuat oleh guru.
*Penggunaan gabungan kad imbasan dan perisian komputer dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti P&P
*Kad imbasan yang digunakan dapat membantu pelajar menguji tahap kefahaman mereka melalui penyuaian dengan perkataan antara gambar kad imbasan dan perkataan
*Penggunaan perisian komputer dapat membantu menarik perhatian dan penglibatan pelajar dalam P&P
*Penggunaan  komputer seperti penggunaan mouse dan papan kekunci dapat merangsang motor halus pelajar ketika penggunaan perisisn komputer yang melibatkan aktiviti pelajar








0 comments: