“Meningkatkan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar bagi subjek biologi tingkatan empat menggunakan kaedah peta minda secara berkumpulan “
Nama pembentang : Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris (P48603)
Nama pembentang : Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris (P48603)
PENGENALAN
Subjek biologi merupakan salah satu subjek yang boleh dianggap kritikal ataupun susah untuk diingati konsep-konsepnya serta pelajar juga dilihat sering bermasalah dalam memahami isi kandungan subjek ini. Pelajar sering melihat subjek biologi sebagai subjek yang membosankan. Penggunaan peta minda dirasakan oleh para pengkaji dapat membantu dan merupakan salah satu kaedah motivasi yang dapat merangsang para pelajar mengingat dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan pemahaman dan suasana P&P pelajar bagi subjek ini. Kajian ini dilakukan untuk menilai sama kaedah peta minda dapat meningkatkan pemahaman pembelajaran dan meningkatkan suasana belajar bagi subjek Biologi tingkatan 4.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 3 objektif kajian ini dilakukan, iaitu supaya pelajar dapat memahami setiap isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi,dapat mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan komunikasi pelajar dan supaya pelajar mudah memahami dan mengingati setiap konsep dan istilah dalam Biologi bagi tajuk nutrisi.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?
Adakah kaedah ini dapat mewujudkan suasana belajar yang efektif dan menyeronokkan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar?
Adakah kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dalam memahami konsep serta istilah Biologi bagi tajuk nutrisi?
METODOLOGI, SAMPEL KAJIAN DAN SETTING KAJIAN
Kajian ini telah dilakukan selama 4 minggu terhadap pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Kindi iaitu seramai 60 orang pelajar.Bab yang difokuskan dalam kajian tindakan ini ialah daripada Bab 6-Nutrisi, dan subtopiknya ialah ‘The Use of Technology in Food Production’ .
Instrumen-instrumen yang digunakan oleh pengkaji ketika menlakukan kajian tindakan ini ialah :
*Rancangan harian guru berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi,
*Tontonan video-CD ROM,
*Kertas mahjong
*Crayon warna
*Pemain MP3 (Perakam suara)
PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA
Para pengkaji telah menngunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan hasil dapatan yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi. Tiga kaeda tersebut iailah:
a) Pemerhatian pengkaji (Penilaian kendiri-RPH)
Guru (pengkaji) sentiasa melakukan pemerhatian di dalam kelas dan mencatatkan segala perubahan dan peningkatan dengan menulis atau merekodkan dalam Rancangan Pengajaran Harian di bahagian “Refleksi”
Kriteria Penilaian – Pemerhatian
Tingkah laku pelajar
-Memberi reaksi yang positif ketika bekerjasama
-Keadaan kelas terkawal
Kerjasama dan interaksi sesama pelajar
-Kerjasama yang positif di kalangan pelajar
-Tiada ahli yang mengambil kesempatan
Kreativiti hasil pembentangan peta minda
Pelajar bijak mempersembahkan isi kandungan dalam bentuk yg efektif dan padat
-Tiada ahli yang mengambil kesempatan
Kreativiti hasil pembentangan peta minda
Pelajar bijak mempersembahkan isi kandungan dalam bentuk yg efektif dan padat
b) Borang kaji selidik
Guru (pengkaji) telah menyediakan borang kaji selidik dan para pelajar (responden) diminta untuk menjawab dengan jujur bagi mendapatkan data yang sahih.Terdapat tiga tema dalam borang kaji selidik ini iaitu tema pemahaman,tema suasana keseronokan dan tema komunikasi berkesan.
Kriteria Penilaian-Borang Kaji Selidik
Tema Pemahaman
-Menguasai topik
-Memahami topik dengan mudah
-Objektif pengajaran yang lebih jelas
Tema suasana keseronokan
-Memahami topik dengan mudah
-Objektif pengajaran yang lebih jelas
Tema suasana keseronokan
-Tidak mengantuk dan bosan
-Pembelajaran lebih menarik
-Pembelajaran lebih menyeronokkan
Tema komunikasi berkesan
-Pembelajaran lebih menarik
-Pembelajaran lebih menyeronokkan
Tema komunikasi berkesan
-Berani mengemukakan pendapat
-Merapatkan ikatan persahabatan
-Mengajar kemahiran berkomunikasi berkesan
-Meningkatkan keyakinan diri berhadapan khalayak ramai
c) Temubual berstruktur dan tidak berstruktur
Guru (pengkaji) melakukan temubual berstruktur iaitu berpandukan soalan-soalan yang telah siap direka dan temubual tidak berstruktur dimana temubual dilakukan secara spontan dan tidak berlandaskan soalan-soalan yang telah siap dibina.
Kriteria Penilaian-Temubual (Soalan-Soalan Yang Diajukan)
Kriteria Penilaian-Temubual (Soalan-Soalan Yang Diajukan)
1) Apakah pendapat anda tentang perbezaan di antara kuliah dan kaedah kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?
2) Kaedah yang manakah yang anda membuat anda lebih bersemangat dalam mempelajari topik-topik terbaru?
3) Bagaimana interaksi anda dengan rakan-rakan anda bila anda melakukan kerja kooperatif berkumpulan-peta minda?
METODOLOGI AKTIVITI
1. Penerangan tentang subtopik yang akan di ajar dengan menggunakan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar.
2. Guru memberi arahan kepada pelajar agar membentuk kumpulan seramai 5 hingga 6 orang dalam sebuah kumpulan.
3. Seterusnya guru memberi pilihan tajuk-tajuk.
4. Para pelajar bebas memilih tajuk masing-masing.
Pelajar di beri masa 20 minit untuk perbincangan serta penghasilan peta minda dan 5 minit untuk pembentangan
IMPLIKASI KAJIAN
1.Pemerhatian
Hasil kajian ini didapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat ketika melakukan tugasan .Selain itu melalui melakukan tugasan secara berkumpulan pelajar dilihat dapat membiasakan diri bekerjasama sesame mereka dan kemahiran komunikasi mereka juga dilihat meningkat. Para pengkajai juga mendapati bahawa pelajar mampu menghasilkan idea yang kreatif ketika melakukan perbentanagn dan kerja berkumpulan. Para pengkaji juga mendapati terdapat kekurangana dalam penggunaan kaedah peta minda ini iaitu pelajar sering kali melakukan tugasan melebihi had masa yang diberikan.
2.Borang kaji selidik
2.Borang kaji selidik
Tema kefahaman
Sebanyak 54% pelajar merasakan melalui kaedah peta minda berkumpulan mereka dapat menguasai topik dengan baik ,56% pelajar merasakan mereka lebih mudah memahami topik dan 41% pelajar menyatakan melalui kaedah peta minda skema objektif pengajaran menjadi semakin jelas.
Tema suasana keseronokan
Sebanyak 35% pelajar merasakan suasana P&P berada pada tahap sederhana dalam mengurangkan rasa mengantuk dan bosan melalui kaedah peta minda ,43% pelajar menyatakan P&P adalah menyeronokkan dengan menggunakan kaedah peta minda dan 44 % pelajar menyatakan P&P menjadi lebih menarik dengan kewujudan pengunaan peta minda secara berkumpulan.Tema suasana keseronokan
Sebanyak 43% pelajar menyatakan mereka berada dalam peringkat sederhana berani dalam mengemukakan pendapat ketika melakukan perbentangan aktiviti kaedah peta minda secara berkumpulan,52% pelajar menyatakan kaedah ini dapat merapatkan ikatan persahabatan,48% pelajar menyatakan kaedah ini dapat mengajar mereka kemahiran komunikasi dan 42% pelajar merasakan mereka berasa semakin yakin namum masih lagi pada peringkat sederhana melalui aktiviti kaedah peta minda secara berkumpulan.
3.Temubual
Hasil daripada temubual ,kebanyakan pelajar mengatakan kaedah peta minda dapat memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran , kaedah peta minda dianggap penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar dan bagi mereka perlu ada keperluan kaedah kuliah di awal pengajaran . selain itu melalui peta minda pelajar mendapati bahawa mereka lebih menggemari kaedah pembelajaran bersifat dua hala-lebih dan ianya memudahkan mereka mengingati fakta .Kaedah peta minda juga bagi mereka lebih bersifat interaktif dan mereka dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara dan pada masa yang sama kaedah peta minda juga membantu dalam komununikasi antara pelajar
PENAMBAHBAIKAN
Berikut adalah beberapa penambahbaikan yang dicadangkan oleh pengkaji (guru) dalam mempertingkatkan penggunaan kaedah peta minda di dalam P&P pada masa akan datang :
1) Mencari tempat yang lebih selesa untuk pelajar menjalankan tugasan seperti kantin atau padang
2) Guru perlu menyediakan satu jadual tarikh penghantaran tugasan yang spesifik bagi memudahkan pelajar merancang tindakan mereka
3) Elemen ‘role-play’ boleh di gabungkan dengan kaedah peta minda bagi meningkatkan lagi efektif objektif kajian.
4) Pelajar perlu di beri ganjaran sebagai satu kaedah motivasi ekstrinsik bagi tujuan peneguhan positif.
APA YANG DAPAT PELAJARI DARIPADA KAJIAN TINDAKAN INI
Kajian tindakan mengenai penggunaan peta minda ini banyak membantu mengajar saya dari segi:
a) Cara menguruskan para pelajar ketika aktiviti berkumpulan dilakukan
b) Penggunaan masa yang sesuai bagi aktiviti menggunakan kaedah peta minda
c) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan baik
d)Penggunaan kaedah peta minda secara berkumpulan dapat membantu pelajar dalam melatih menjanakan idea mereka secara kreatif dan kritis
e) Penggunaan kaedah peta minda dapat membantu pelajar terlibat dalam P&P secara aktif dan guru bertindak sebagai fasilitator
0 comments:
Post a Comment