CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 13, 2009

TUGASAN KELAS 3 : KOLOKIUM

TAJUK PERTAMA


“Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah”

Nama pembentang : Masyitah Ulul Azmin ,Shamsurena Shamsudin dan Siti Hasmiyati Zahari


Terdapat dua objektif kajian tindakan ini dilakukan dan objektif ini merangkumi umum dan khusus. Objektif umumnya ialah bagi meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan dalam kelas kajian ini dilakukan. Terdapat empat objektif umum dalam kajian tindakan ini iaitu :

• Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)

• Membantu pelajar membaca dengan lancar

• Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat al-Quran

• Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-Quran dengan hukum tajwid


Pendapat :

Pada pendapat saya, tajuk kajian ini amatlah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan, dimana pengkaji melakukan kajian ini dengan memfokuskan kepada mempertingkatkan kaedah P&P dalam tilawah al-Quran dengan melakukan refleksi pada peringkat awal iaitu memerhatikan tahap kelancaran pelajar terhadap bacaan al-Quran dan kemudian pengkaji iaitu guru terbabit menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam mempertingkatkan kefahaman dan kelancaran bacaan dikalangan pelajar. Ini adalah bertepatan dengan konsep kajain tindakan itu sendiri, di mana kajian dilakukan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah didalam kelas dan guru akan sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap kaedah yang digunakan . Pengkaji juga mengukur tahap keberkesanan kaedah yang digunakan melalui borang penilaian naqib ,borang mentee dan pemerhatian melalui rakaman video dan catatan . Melalui data yang diambil pengkaji mendapati bahawa kajian ini adalah berjaya dimana kaedah yang digunakan dalam kajian ini memberikan peningkatan terhadap kefahaman, kelancaran bacaan pelajar serta minat plajar terhadap mata pelajaran tilawah al-Quran.

Tajuk kajian ini ialah “Meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah”. Meningkatkan penguasaan adalah merupakan kajian tindakan dimana pengkaji (guru) ingin meningkatkan mutu P&P dengan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dalam penguasaan bacaan al-Guran dikalangan pelajar-pelajar

TAJUK KEDUA

“Meningkatkan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar bagi subjek biologi tingkatan empat menggunakan kaedah peta minda secara berkumpulan “


Nama pembentang : Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris (P48603)



Subjek biologi merupakan salah satu subjek yang boleh dianggap kritikal ataupun susah untuk diingati konsep-konsepnya serta pelajar juga dilihat sering bermasalah dalam memahami isi kandungan subjek ini. Pelajar sering melihat subjek biologi sebagai subjek yang membosankan. Penggunaan peta minda dirasakan oleh para pengkaji dapat membantu dan merupakan salah satu kaedah motivasi yang dapat merangsang para pelajar mengingat dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan pemahaman dan suasana P&P pelajar bagi subjek ini. Kajian ini dilakukan untuk menilai sama kaedah peta minda dapat meningkatkan pemahaman pembelajaran dan meningkatkan suasana belajar bagi subjek Biologi tingkatan 4.



Pendapat :

Pada pendapat saya, tajuk kajian ini adalah bertepatan dengan konsep kajian tindakan.Subjek Biologi merupakan satu subjek yang agak sukar dan pelajar memerlukan pemahaman yang baik bagi memastikan mereka dapat menguasai matapelajaran ini dengan bagus. Pengkaji iaitu guru yang mengajar matapelajaran ini menggunakan pendekatan kaedah peta minda dalam meningkatkan pemahaman dan minat pelajar. Pengkaji mendapati dengan menggunakan pendekatan peta minda belajar bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman mereka dan keseronokan belajar akan tetapi pelajar juga menyatakan bahawa mereka juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi. Secara keseluruhannya, pengkaji telah melakukan kajian tindakan dalam kelas ini dengan baik sekali dimana sesuai dengan komsep kajian tindakan iaitu melalui permasalah pengkaji mendapatkan kaedah atau jawapan kepada permasalahn tersebut.

Dari segi kajian tindakan, tajuk kajian ini adalah tidak bersesuaian untuk kajian tindakan kerana pengkaji (guru) menggunakan perkataan "pemahaman".Pemahaman individu pelajar adalah sukar untuk diuji dengan menggunakan kaedah peta minda secara berkumpulan. Selain itu, pengkaji mempunyai hasil dapatn kajian yang menyatakan bahawa terdapat peningkatan dari segi aspek sosial dan komunikasi pelajar namun dua aspek ini tidak dinyatakan sebagai matlamat utama bagi kajian tindakan ini.

0 comments: