CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 21, 2009

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 8 TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN


TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
KAEDAH DEMONSTRASI, KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P


Pengenalan :

Demonstrasi merupakan kaedah menunjukkan cara pengaplikasian tentang topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini adalah dirasakan begitu berkesan jika digabungkan dengan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai pebeguhan terhadap pemahaman sampel kajain tindakan ini iaitu pelajar bermasalah pembelajaran. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar.


Relevan :

*Pelajar bermasalah pembelajaran diperhatikan mempunyai masalah dalam mengingat dan memahami tanpa guru menunjukkan cara praktikal, oleh itu kaedah demonstrasi dilihat mampu membantu guru dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang topik yang diajar.
*Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P
*Melalui kad imbasan, guru dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru
*Perisian komputer iaitu gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P
*Perisisan komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif


Cadangan refleksi individu :

1)Guru perlu memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer
2)Guru perlu kerap mengulang dan membaca perkataan di kad imbasan bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran
3)Melakukan pengenalan kepana penggunaan komputer untuk setiap kali P&P dijalankan bagi membantu pelajar bermasalah pembelajarn mengingat atau mengimbas kembali cara penggunaan komputer.

Cadangan refleksi berkumpulan 

1) Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dicadangkan mengikut target masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan penggunaan aktiviti kad imbasan dan penggunaan perisian komputer. Guru tidak perlu menunggu sehingga pelajar memberikan jawapan pada setiap kad imbasan dan perisian komputer yang digunakan
2) Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar
3) Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan

Cadangan refleksi dari kumpulan lain :

1) Tidak kesemua sekolah mempunyai jumlah komputer yang mencukupi yang membolehkan pelajar melakukan pengaplikasian secara berdikari oleh itu kaedah demonstrasi mampu digunakan oleh guru walaupun pelajar tidak berpeluang untuk melakukan aplikasi menggunakan komputer sebuah seorang.
Mampu menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang diajar oleh guru.

2)Penyediaan kad imbasan yang disediakan kepada pelajar perlulah lebih menarik dari segi pemilihan gambar, warna dan perkataan supaya pelajar lebih suka.
3)Guru perlu menghadkan penggunaan kad imbasan berbentuk gambar dan lebihkan kepada kad imbasan berbentuk perkataan kerana pelajar bermasalah pembelajaran memang kebanyakannya telah mengenali gambar tetapi mereka tidak tahu membaca. Apabila guru menunjukkan perkataan dan pelajar tidak dapat membaca barulah guru perlu menunjukkan gambar yang bersesuaian. Dengan cara ini pelajar akan lebih cepat dapat membaca.
4)Perisian komputer juga boleh dijadikan medium untuk membantu pelajar mengenali gambar yang ditunjukkan. Guru boleh menyuruh pelajar menaip semula perkataan berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. Melalui cara ini pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran pengunaan teknologi.
5)Melalui perisian komputer juga guru boleh menunjukkan gambar-gambar seperti di dalam kad imbasan tetapi ditunjukkana dalam pelbagai bentuk yang berbeza.



0 comments: