CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 13, 2009

TUGASAN KELAS 2: JURNAL KAJIAN TINDAKAN (BERKUMPULAN)

Impact of an Action Research Instructional Model:


Student Teachers as Reflective Thinkers


By : Alcione N. Ostorga


Ver6nica L6pez Estrada


University of Texas-Pan American


Jurnal ini mengkaji tentang satu usaha bagi menggalakkan satu pendirian yang reflektif oleh guru-guru baru. Menerangkan tentang kajian terhadap satu model pengajaran untuk guru-guru praperkhidmatan di peringkat prasiswazah. Sampelnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir semasa mereka dalam proses kerja kursus mahasiswa. Kajian ini dikembangkan melalui pendekatan kajian tindakan untuk membangunkan model pengajaran. Jurnal ini menumpukan kepada satu gambaran model pengajaran yang timbul daripada proses, dan ia membentangkan satu hasil analisis, serta implikasi-implikasi untuk kajian lanjutan dan amalan dalam pendidikan guru.


Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study

By: Johannes C. Cronje


Masalah perbezaan komunikasi dan budaya antara pengkaji dan pelajar (responden) dalam pengkaji melakukan penilaian terhadap kualiti pembelajaran dikalangan pelajar berkenaan (responden)

Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 12 orang pelajar Sarjana Program Pendidikan ICT di Universiti Sains dan Teknologi di Sudan. Kajian ini dilakukan selama 2 tahun.

Pengkaji telah melakukan kajian perpustakaan mengenai kajian ini terlebih dahulu dalam merangka kaedah yang bersesuaian sebelum kajian ini dilakukan.

Kajian ini adalah ianya merangkumi tiga fokus iaitu:

1)Perincian dan sedalam mana kriteria yang perlu dalam menilai portfolio pelajar

2) Apakah nilai dalam portfolio yang dihasilkan oleh pelajar

3))Bagaimana penilai dapat menyelamai proses-proses yang terlibat dalam penghasilan portfolio pelajar.


Hasil penilaian seorang guru terhadap pelajar yang berlainan bahasa ibunda dan budaya tidak semestinya boleh dilihat melalui markah peperiksaan semata-mata, ini kerana mungkin pelajar berkenaan tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik akan tetapi pelajar tersebut sebenar mempunyai pemahaman dan kemahiran yang tinggi terhadap apa yang telah dia pelajari. Oleh itu, penilaian dalam bentuk yang pelbagai perlu dilakukan oleh guru.

Melalui kajian ini didapati bahawa komunikasi adalah lebih penting dari bahasa pengunaan. Guru boleh mengkaji peningkatan pemahaman pelajar bukan hanya melalui kefahaman terhadap penggunaan bahasa yang digunakan pelajar semata-mata, akan tetapi jika guru mempunyai masalah atau limitasi dari segi penggunaan bahasa yang berbeza dengan pelajar guru boleh melakukan pemerhatian melalui bahasa badan, konteks mata dan sebagainya selain dari penggunaan bahasa semata-mata.


Collaborative Action Research And Project Work: Promising Practices for Developing Collaborative Inquiry Among Early Childhood Preservice Teacher.

By: Mary Jane Moran, Source: Science Direct


Kajian ini dilakukan dengan menggabungkan kajian dan latihan bagi pembangunan kanak-kanak tadika melalui lingkaran kolaboratif dalam tugasan yang melibatkan projek jangka panjang.


0 comments: